.:: TAG SEPULUH ::.

Terserempak tag ni kat blog sis Fatihah, tiba-tiba aura rajin tu mari..lalu aku menyibukkan diri menjawab Tag ini..he3

Copy tajuk entry “sepuluh” dan paste di post anda. Anda dikehendaki untuk menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan bahasa melayu sepenuhnya.


[1] Siapakah diri anda di rumah?
- A Superwoman , daripada seorang Secretary tak bergaji, tukang paip,tukang cuci, tukang masak dan segala macam tukang lagi yg tak perlu ku tulis di sini...he3

[2] Siapakah diri anda disamping rakan?
- Tempat meminjam wang dikala kesempitan..tempat menumpang dikala kesusahan...tempat menangis dikala kesedihan...tapi bila beliau sedang bersenang lenang bayang-bayang pon tak dapat dikesan...harap maklom

[3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai?
- Nak ada business sendiri,walaupun kecil-kecilan...
- Rumah sendiri, tak perlu menyewa lagi....
- Kalau boleh nak besarkan anak-anak di kampung.
- Ada ramai anak....
- Nak mengandung lagi dalam masa terdekat ni..Amin


[4] Siapakah nama pasangan anda?
- En. Nik FauZee Nik Mat

[5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda?
- He3..malu la pulak nak jawab soklan ni..
- Tak reti curang
- Suka angkut anak bini kemana sahaja..
- Tak boleh berenggang ngan bini walau sehari..manja.
- Makan apa saja..walaupun cuma telur goreng..

- Tak pernah persoalkan perubahan fizikal aku yang amat ketara ni..he3

[6] Bila tarikh anda couple?
- Uwaaa!!! takde tarikh couple, dia adalah kawan baik aku dan secara tiba-tiba dia ajak aku kawin..

[7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
- Eksiden, tapi tak ler pahit sangat kan..

[8] Lagu tema cinta anda?
- Ungu : Kekasih gelapku

[9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
- Semoga beliau tidak lagi sibuk meleburkan duit untuk keta & moto..
- Semoga beliau berhenti memenuhkan rumah dengan spare part...banyak sangat la, sampai bilik terpaksa dijadikan store..


[10] Tag 10 rakan ada yang lain.
- Nak Tag semua kawan-kawan yang belum jawab tag ni lagi..

.:: Perbezaan Girlfriend & Isteri pada pandangan Lelaki ::.


* Isteri macam TV, Girlfriend macam Henpon. Dok Kat umah tengok TV bila keluar bawak henpon.

* Bila takde duit jual TV, bila banyak duit beli Henpon baru.

* Hari-hari tengok TV..tapi selalunya masa lebih banyak habis main Henpon.

* TV bayar sekali je tapi percuma sepanjang hayat TV tu, tapi Henpon kalau tak bayar bil line akan ditamatkan perkhidmatan.

* TV saiznya besar, berat, buruk.. tapi Henpon comel, ringan, kecil, ada banyak butang boleh picit-picit & boleh bawak kemana-mana saja bila-bila masa.

* Kos penyelenggaraan TV murah je, lagipon jarang rosak..tapi kalau Henpon mahal, asyik meragam je.

* Yang sadisnya...TV ada Remote Control tapi Henpon takde.

* TV takde Virus lagipon orang jarang nak curi TV..tapi henpon lalai sikit je boleh lesaaap!!.

* Jadi jangan peningkan kepala pilihlah TV anda, kalau boleh ambik yang Plasma..he3

CONTEST : Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100..

Jom kawan-kawan join contest ni...








CONTEST : Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100..
BY
DIARI SEORANG LELAKI

RM 100??!! besar nilainya bagi sorang surirumah yang pokai macam aku ni..
Dah lama ku idam-idamkan nak buat bisnes kecil-kecilan...moga-moga dengan berkat dari hadiah contest ni dapatlah aku menambah pendapatan keluarga.. akan ku mulakan bisnes aku tu dengan menjual makanan kegemaran rakyat malaysia iaitu :


NASI LEMAK
Dengan RM100 tu akan ku beli :
* Beras 4kG - RM10
* Cili Kering - RM2
* Ikan Bilis - RM5
* Telur,Timun,Kacang - RM10
* Rempah ratus & Santan - RM1o
* Ayam 1/2 ekor - RM10
* Pembungkus & Sudu plastik - RM10
Jumlah = RM57 (baki selebihnya akan ku buat modal pusingan untuk keesokan harinya...)
Lepas dapat untung hasil daripada modal RM100 tu barulah aku gunakan untuk keluarga, diri sendiri dan lain-lain lagi..
(mana la tahu kalau2 lepas tu aku buleh wat contest pulak untuk korang semua..he3 )
SeKian, Terima Kasey