Paku Di Dinding Hatimu

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut. “Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.
Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.
“Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.”

Washing Machine


Masuk hari ni dah hampir 2 minggu washing machine aku rosak. Seksa sangat rasanya, kena cuci pakai tangan. Mungkin bagi orang lain tu Cuma perkara biasa, tapi bagi aku ianya sesuatu yang sungguh luar biasa. Maklumlah dah lama sangat tak cuci kain secara manual ni time kat hostel dulu je cuci pakai tangan,bila dah bekerja aku hantar je kain baju aku kat dobi.Tapi bila dah kawin ni, aku cuci sendiri la kat umah dengan bantuan washing machine.
Bagaikan jatuh dihempap durian rasanya bila beliau rosak diasaat-saat aku sangat memerlukannya!!!! Paham-paham je lah bila dah pregnant 9 bulan, buat keje berat sikit rasa macam nak blackout je. Aku rasa betul-betul letih dan tak berdaya. Almaklum la energy tak cukup, kena share ngan baby yang suka sangat buat stunt kat dalam perut aku ni.
Adooiiiyaii!! aku rasa macam nak pengsan bila tengok pakaian cik somi aku yang dipenuhi kotaran degil, dia suka sangat repair moto & keta pakai baju kerja. Kerja-kerja mencuci bertambah rumit untuk aku laksanakan bila perutku semakin maju kehadapan. Nak memberus punyalah seksa, rasa macam nak tumbang pon ada. Aku berharap sanagt cik somiku beli mesin baru sebelom aku bersalin. Kalau tidak, takkan dapat kubayangkan aku cuci kain baju baby secara manual jugak.
Dah berkali-kali kuberi hint kat cik somiku, tapi masih lagi tak ada tanda-tanda yang dia akan belikan yang baru. Kena tunggu dan lihat je lah nampak gayanya. Akan ku laksanakan tugasku setakat yang ku mampu sahaja..