Memaparkan catatan dengan label pot-pot pet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pot-pot pet. Papar semua catatan

~ Ucapan tulus ikhlas dariku ~

Pejam celik...pejam celik...dah nak masuk bulan syawal yer?..cepat betol masa berlalu. kalau tahun-tahun yang sebelom ni aku rasa lambat sangat nak habis bulan ramadhan. Almaklumlah , aku kan tak puasa..jadi tak terasa sangatlah nikmatnya ramadhan kali ini..tahun ni pecah rekod aku tak berpuasa walau sehari pon..( tahun depan jenuh nak ganti..hik3 )tapi aku tetap nak beraya!

Dikesempatan ini..ingin ku ucapkan selamat hari raya kepada semua kawan-kawan yang mengenali diriku ini...maaf zahir dan batin yer..ku sertakan juga kad raya yang tak seberapa ini untuk kawan-kawanku semua..

Tak lupa juga duit raya untuk semua!!!!!!

Besday ku

**7 Ogos 2009**

Tak sangka cepat sangat masa berlalu. Aku tak puas lagi jadi gadis belasan tahun.( dah jadi bini orang boleh masuk ketegori gadis ke?.hik3) Genap sudah usiaku 20 tahun. Tahun ni adalah birthday yg paling special yang pernah aku sambut dalam hidup aku rasanya. Walaupon usia kandungan aku dah masuk 37 minggu dan rasa 'berat' sangat,aku keluar jugak gi jalan-jalan, sempat karaoke 15 lagu, makan Chezzy Chikenroni kat KFC, sempat jugak aku beli rak kasut D.I.Y yang aku idam-idamkan selama ini..hik3


Balik je kat umah aku bertungkus lumus pasang rak kasut tu, susah sangat rasanya sebab perut aku yg besar ni menghalang aku bergerak aktif. Bila suami aku balik, terbeliak biji matanya menahan marah sebab aku buat keja yg berat-berat katanya.

Fuh!!! hari yang sungguh memenatkan. Satu badan aku rasa
sakit-sakit,tapi aku hepi sangat.


Alhamdulillah...dah 20 tahun aku bernafas di bumi Allah ini..aku bersyukur..semoga Allah panjangkan usia ku, murahkan rezeki ku dan sentiasa memberi petunjuk kepada ku agar aku tidak terpesong dari landasan Nya..amin..



Kek yang dibeli oleh En.Somiku untukku...walaupon takde
tulisan-tulisan yang romantik diatasnya...tapi aku rasa sangat bahagia..Thanks sayang..


Washing Machine


Masuk hari ni dah hampir 2 minggu washing machine aku rosak. Seksa sangat rasanya, kena cuci pakai tangan. Mungkin bagi orang lain tu Cuma perkara biasa, tapi bagi aku ianya sesuatu yang sungguh luar biasa. Maklumlah dah lama sangat tak cuci kain secara manual ni time kat hostel dulu je cuci pakai tangan,bila dah bekerja aku hantar je kain baju aku kat dobi.Tapi bila dah kawin ni, aku cuci sendiri la kat umah dengan bantuan washing machine.
Bagaikan jatuh dihempap durian rasanya bila beliau rosak diasaat-saat aku sangat memerlukannya!!!! Paham-paham je lah bila dah pregnant 9 bulan, buat keje berat sikit rasa macam nak blackout je. Aku rasa betul-betul letih dan tak berdaya. Almaklum la energy tak cukup, kena share ngan baby yang suka sangat buat stunt kat dalam perut aku ni.
Adooiiiyaii!! aku rasa macam nak pengsan bila tengok pakaian cik somi aku yang dipenuhi kotaran degil, dia suka sangat repair moto & keta pakai baju kerja. Kerja-kerja mencuci bertambah rumit untuk aku laksanakan bila perutku semakin maju kehadapan. Nak memberus punyalah seksa, rasa macam nak tumbang pon ada. Aku berharap sanagt cik somiku beli mesin baru sebelom aku bersalin. Kalau tidak, takkan dapat kubayangkan aku cuci kain baju baby secara manual jugak.
Dah berkali-kali kuberi hint kat cik somiku, tapi masih lagi tak ada tanda-tanda yang dia akan belikan yang baru. Kena tunggu dan lihat je lah nampak gayanya. Akan ku laksanakan tugasku setakat yang ku mampu sahaja..